Kuala Lumpur: Kertas siasatan kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu ini untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan

"Kertas siasatan itu akan diserahkan bersama cadangan untuk pertimbangan sebelum menunggu arahan serta tindakan lanjut daripada AGC," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Noorizwan Zulkefly, 42, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.