SHAH ALAM: Penggiat media sosial, Caprice diperintah membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta selepas Mahkamah Sesyen di sini, menolak permohonannya untuk menangguhkan bayaran itu.
Hakim, Zuhrina Mohamed Nor memerintahkan penyanyi rap atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaun peguam Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42.
Mahkamah turut memerintahkan Caprice membayar kos sebanyak RM2,000.
Dalam prosiding hari ini, Ebit diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Fatin Izyan Mazlan manakala Ariz diwakili Mohd. Rezan Ezra Muhammad Mosinal.









