KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan penambahbaikan dalam aspek kemajuan kerjaya pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pengiktirafan terhadap amanah dan tanggungjawab besar yang digalas dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan khas bersama dengan kepimpinan tertinggi ATM yang dipengerusikannya hari ini.
Beliau berkata, ia selaras dengan keperluan memperkukuh keupayaan pertahanan negara dalam mendepani landskap keselamatan dan geostrategik dunia yang semakin kompleks serta mencabar.
“Pertemuan ini turut memberi ruang untuk kami meneliti tahap kesiapsiagaan setiap ketumbukan, selain keperluan perolehan dan penyelenggaraan aset pertahanan bagi memastikan keupayaan operasi ATM sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-02112026-08_384025.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


