‘MACAM cara nak menangis?’ Pertanyaan polos itu pernah terbit daripada mulut seorang kanak-kanak kecil kepada ibunya. Bukan kerana mahu meraih simpati, sebaliknya dia sedang cuba memahami emosi dan mencari cara terbaik untuk menzahirkan perasaan menerusi lakonan.
Hari ini, kanak-kanak tersebut sudah menjadi anak muda dan matang mengemudi langkah dalam dunia lakonan. Mhia Firdaus, anak kepada pelakon Farah Ahmad dan cucu seniwati legenda, Datuk Fauziah Nawi, membuktikan bakatnya mampu berbicara lantang tanpa perlu bersandarkan nama besar keluarga.
Lebih membanggakan, lakonannya dalam filem Sayang Sayang berjaya menambat perhatian juri Festival Filem Golden Horse ke-63 apabila tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fparliament1_254162.png&w=480&output=webp&q=85&we)

