Sebanyak 43 kawasan merekodkan IPU sederhana hari ini, dengan Johan Setia (79), Klang (77) dan Shah Alam (72) di Selangor mencatat bacaan tertinggi.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap baik dan sederhana hari ini apabila tiada stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 79.

Kawasan lain di Selangor yang mencatatkan IPU sederhana ialah Klang dengan bacaan 77, Shah Alam (72), Banting (64), Petaling Jaya (62) dan Kuala Selangor (55).