KOTA BHARU: Suasana pilu menyelubungi jeti Tok Ime Yie Kedai Piah di sini, hari ini apabila seorang wanita meraung sebelum rebah sebaik melihat jasad suaminya ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang akibat terjatuh dari bot, Ahad lalu.

Nor Asnida Mohd Tarmizi, 32, juga terpaksa ditenangkan ahli keluarga, sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mayat Mohd Aqbar Che Abdullah, 34, ditemukan jam 8.30 pagi tadi, kira-kira 20 kilometer (km) daripada lokasi dilaporkan terjatuh di Pengkalan Pasir Kampung Chekok, Serendah, Kemubu, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ahmad Fakharuddin Berahim berkata, mayat mangsa ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di bawah pam pasir.