KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0735/0775 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.0715/0765 semasa ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata kelemahan ringgit sebahagian besarnya didorong oleh sikap mengelak risiko yang lebih meluas, terutamanya apabila pelabur mengurangkan pendedahan dalam pelaburan berkaitan AI.
Beliau berkata, Malaysia adalah antara penerima manfaat utama daripada lonjakan pelaburan AI global, khususnya melalui industri semikonduktor dan aliran pelaburan berkaitan teknologi.









