KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, wanita berusia 25 tahun itu ditahan pada jam 5.40 petang di Bandar Sri Damansara."Hasil siasatan awal, wanita itu mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-2600 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.Pada Ahad lepas, tular melalui media sosial memaparkan pergaduhan antara seorang wanita dan seorang lelaki selepas wanita itu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah. - Bernama
Wanita ganggu, kasari kanak-kanak di pusat beli-belah ditahan polis

Key takeaways
Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan polis kerana mengganggu pengunjung di pusat beli-belah.
- Wanita itu ditahan pada jam 5.40 petang di Bandar Sri Damansara.
- Polis menyiasat insiden tersebut dan meminta orang ramai memberi maklumat.
- Pihak polis menyediakan talian hotlink untuk laporan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo , Free Malaysia Today , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Updated
- November 4, 2026 at 7:50 AM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Polis siasat kes wanita didakwa kasari 2 budak di pusat beli-belah
- Free Malaysia Today Wanita ditahan dalam kes ganggu pengunjung pusat beli-belah
- Sinar Harian Wanita ganggu, kasari kanak-kanak di pusat beli-belah ditahan polis (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F12313123_737118.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
