JAKARTA – Bekas Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) tiba di Mahkamah Daerah Jakarta Timur hari ini untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan fitnah melibatkan mantan menteri Roy Suryo yang menuduhnya menggunakan ijazah universiti palsu, lapor laman berita Jakarta Globe.

Ketibaan Jokowi mencetuskan kekecohan di luar mahkamah apabila ramai penyokong berkumpul untuk melihat bekas pemimpin Indonesia itu.

Pihak berkuasa mengerahkan kira-kira 1,200 anggota keselamatan untuk mengekalkan ketenteraman dan mencegah sebarang potensi gangguan semasa perbicaraan berprofil tinggi itu.

Mahkamah mengehadkan kehadiran di dalam kamar perbicaraan kepada 80 orang dan memasang skrin televisyen di luar bangunan untuk membolehkan wartawan serta orang awam mengikuti prosiding.