KOTA BHARU: Selepas setahun tidak berjumpa dengan anak tunggal yang dijaga oleh bekas isteri, Mohamad Sanuzi Mohd Nawi dikejutkan dengan pemergian kanak-kanak perempuan itu dalam kemalangan jalan raya.
Safiyya Haura Mohamad Sanuzi, 3, maut bersama ibunya, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan dua individu lain dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan Tasik Banding, Gerik, Perak, tengah hari semalam.
Mohamad Sanuzi, 33, berkata dia menerima panggilan telefon daripada Hospital Taiping, Perak jam 8 malam kelmarin memaklumkan anak dan bekas isterinya meninggal dunia dalam kemalangan itu.
"Saya kelu dan tidak mampu berfikir apa-apa ketika menerima berita itu kerana sangat menantikan detik untuk berjumpa Safiyya selepas setahun tidak bersua disebabkan dia dijaga bekas isteri yang menetap di Perak.








