KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan tekanan jualan menguasai dagangan selepas Wall Street semalaman mencatatkan penurunan berikutan kebimbangan baharu mengenai saham berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 16.50 mata atau satu peratus kepada 1,619.36 daripada 1,635.86 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 15.31 mata kepada 1,620.55.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 640 berbanding 67 manakala 155 kaunter tidak berubah, 1,911 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.