CHICAGO: Robert Lewandowski dan Thomas Muller pernah mendominasi bersama selama bertahun-tahun apabila beraksi dalam 228 perlawanan Bundesliga untuk Bayern Munich.

Kini, mereka akhirnya akan berdepan antara satu sama lain dalam saingan MLS apabila Vancouver Whitecaps kendalian Muller bertandang ke laman Chicago Fire yang dibarisi Lewandowski awal pagi esok.

Perlawanan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 16 Julai ketika Major League Soccer (MLS) baru sahaja kembali selepas rehat Piala Dunia. Namun, jerebu asap kebakaran hutan ketika itu menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya dan perlawanan ditangguhkan.

Lewandowski membuat penampilan sulung dalam MLS enam hari kemudian ketika menentang Inter Miami dan sejak itu mengumpul enam gol serta dua bantuan gol dalam 11 perlawanan liga.