GEORGE TOWN – Seorang wanita cekal berdepan dengan penyakit kanser payudara dihadapinya sejak 2024 meskipun terpaksa melalui pelbagai cabaran fizikal dan emosi kerana tahu dia perlu bertanggungjawab terhadap nyawa yang diamanahkan Tuhan.

Ainur Natasha Roslan, 38, berkata, dia perlu bangkit untuk menyayangi dirinya sendiri kerana kanser bukanlah penamat kepada kehidupan.

Pengurus pasar raya di Bertam itu berkata, dia belajar mengurus emosi dan tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya.

“Menjalani rawatan kemote­rapi sebanyak lapan kali diikuti pembedahan dan radioterapi mengajar saya perjuangan itu menuntut ketahanan mental yang tinggi.