KUANTAN: Pasukan legenda Ex Pahang FA meraih wang tunai RM20,000 selepas menewaskan Ex Kelantan FA 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.
Kemenangan pasukan tuan rumah itu hasil sentuhan Mohd Shafie Zahari dan Mohd Faizol Hussien, masing-masing pada minit ke-39 dan 59 manakala, gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin minit ke-50.
Hadiah kemenangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.
Selain wang tunai, pasukan Ex Pahang FA turut membawa pulang piala pusingan.








