London: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, memuji kesungguhan Noni Madueke yang disifatkan contoh terbaik buat rakan sepasukan selepas pemain sayap itu membantu The Gunners menewaskan Hull 1-0 untuk melebarkan kelebihan enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Madueke memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan Bukayo Saka akibat kecederaan sejak beberapa minggu lalu apabila memainkan peranan penting dalam gol kemenangan Arsenal, 18 minit sebelum tamat permainan.

Percubaan pemain sayap England itu gagal ditangkap kemas penjaga gol Hull, Konstantinos Tzolakis, sebelum Martin Odegaard pantas menyambar bola muntah untuk menghasilkan jaringan tunggal perlawanan.

Arteta berkata perkembangan Madueke membuktikan hasil kesungguhan pemain itu memperbaiki tahap kecergasan dan prestasinya ketika tidak mendapat banyak peluang beraksi sebelum ini.