BUNEOS AIRES: Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan insiden kekecohan selepas final Piala Dunia menentang Sepanyol.

Dalam kenyataan semalam, AFA memaklumkan keputusan itu dibuat selepas badan rayuan FIFA menolak bantahan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas persatuan berkenaan dan pemain tengahnya, Leandro Paredes.

Paredes menerima hukuman paling berat apabila digantung 10 perlawanan dan didenda AS$90,000 (RM365,411) berikutan peranannya dalam pergaduhan dengan pemain Sepanyol.

Pemain itu didakwa mencekik leher Eric Garcia sebelum bergelut dengan Gavi sehingga terjatuh ke tanah, sekali gus mencetuskan ketegangan di atas padang selepas perlawanan.