LONDON – Lebuhraya M20 di Kent, England terpaksa ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah susulan kemalangan berturut-turut berskala besar membabitkan lebih 30 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat, berikutan jarak penglihatan yang terjejas akibat kabus tebal, lapor saluran berita The Sun UK.

Menurut kenyataan Polis Kent, sekurang-kurangnya dua individu disahkan mengalami kecederaan parah dalam insiden terbabit.

Salah seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke sebuah hospital di London bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dihantar ke hospital tempatan berhampiran.

Beberapa pemandu lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan.