KUALA LUMPUR : Penyanyi legenda, Zaiton Sameon, 70. mengharapkan keprihatinan mana-mana pihak untuk menghadiahkannya kereta bagi kegunaan mencari rezeki.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan berkata, ketiadaan kereta menyukarkannya untuk menghadiri undangan persembahan serta berniaga di festival makanan.

"Saya tiada kereta dan hanya ada kereta jenis Viva milik Ika (Che Sikah) anak angkat saya. Kereta itu pun dah lama selalu rosak. Sebelum ini dah banyak perbaiki.

"Baru-baru ini tukar 'stereng rack' dan kemudian 'gearbox' pula ada masalah. Duit 'show' asyik habis untuk 'repair' (baiki) kereta sahaja sekarang dan amat membebankan.