JAKARTA – Polis Indonesia menerusi skuad anti pengganas, Detasmen Khas 88 (Densus 88), menahan 12 individu disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas dalam beberapa operasi di enam wilayah, lapor agensi berita ANTARA. 

Jurucakap Densus 88, Komisioner Jeneral Mayndra Eka Wardhana berkata, penahanan dibuat di wilayah Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara sejak Jumaat lepas.

Kesemua suspek dikenal pasti melalui singkatan nama masing-masing sebagai HN, SM, HA, YDKAP, Y, S, CG, J, MG, AF dan MW yang berusia antara 22 hingga 52 tahun.

“Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan Daulah Islamiyah dan rangkaian pengganas lain,” kata Mayndra dalam satu kenyataan kelmarin.