MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang tidak menganggap dirinya sebagai ibu kepada anak berusia dua tahun sebagai penghalang untuk ber­kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Farzana Hayani Mohd. Nasir, 26, telah membahagikan masa an­tara keluarga dan tuntutan po­litik bagi membuktikan keazaman tinggi apabila komited me­mulakan langkah seawal pukul 5.30 pagi demi mendekati seramai mungkin pengundi.

Kata Farzana yang lebih dikenali sebagai Nana, jadual hariannya sebagai calon biasanya padat bermula dengan menunaikan so­lat subuh di masjid atau surau sekitar DUN berkenaan, sebelum disusuli dengan pelbagai aktiviti ziarah kasih, program walkabout, serta aktiviti sukan dan keagamaan sehingga lewat malam.