PETALING JAYA: Walaupun Malaysia menerima 5,110 se­rangan siber sepanjang ta­hun ini, tetapi serangan tersebut berjaya ditangani dengan pantas ekoran tahap keselamatan digital negara mempunyai keupayaan menanganinya.

Keupayaan itu sekali gus memberi jaminan bahawa sistem siber negara kekal dilin­dungi daripada ancaman yang berpotensi menjejaskan keselamatan data serta infrastruktur kritikal.

Ketua Eksekutif Agensi Ke­se­lamatan Siber Negara (NACSA), Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, Malaysia mempunyai keupayaan teknologi, kerangka perundangan dan sistem pemantauan yang membolehkan negara meningkatkan kesiapsiagaan dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks.

Namun beliau menegaskan ancaman siber terhadap Malaysia ketika ini perlu dipandang serius dan menyebabkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) telah dinaikkan kepada tahap Sederhana pada 4 November lalu bagi meningkatkan kesiapsiagaan lebih awal.