Jasin: Sambutan terhadap kempen Pakatan Harapan (PH) semakin meningkat menjelang minggu terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas gabungan itu memulakan kempen dalam suasana kurang memberangsangkan.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkembangan itu dapat dilihat menerusi penerimaan pengundi terhadap pendekatan kempen PH yang mengetengahkan aspek perkhidmatan dan rekod kepimpinan.

Katanya, PH pada awalnya bergerak sebagai 'underdog,' namun sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen memberi harapan kepada gabungan itu untuk meraih kemenangan.

"Kami bermula pada hari penamaan calon dalam keadaan agak suram, tetapi semakin hampir dengan hari pengundian, nampaknya kami mula mendapat sambutan.