LONDON – Pengendali Liverpool, Andoni Iraola mengakui kegembiraan meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin sedikit terencat.

Walaupun kembali menemui kemenangan, Iraola berang dengan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana menghadiahkan sepakan penalti buat Palace hingga menggagalkan hasrat The Reds menamatkan perlawanan tanpa bolos.

“Saya sangat kecewa kerana insiden di dalam kotak penalti kami dianggap sebagai penalti, tetapi di kotak penalti lawan, keputusan berbeza pula dibuat. Saya tahu ketika itu kami sudah mendahului 3-0 dan ia berlaku pada minit ke-95, tetapi saya tetap sangat kecewa.

“VAR mengambil masa lama. Jelas sekali dalam EPL, menamatkan perlawanan tanpa bolos adalah sesuatu yang agak mahal dan kami sebenarnya mahukan kemenangan 3-0,” katanya.