PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyedari kad pengenalannya terjatuh ketika dia memandu kereta ketika melalui Plaza Tol Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini.
Perkara itu disedari seorang pengguna kenderaan lain yang melihat kejadian tersebut dan dia cuba mengejarnya bagi memaklumkan berhubung kad pengenalan berkenaan.
Menerusi hantaran video Threads Njrahm93, dia merakam video sebuah kereta Proton Preve berserta nombor pendaftaran dipandu lelaki tersebut, namun tidak berjaya mengejarnya.
“Saya rakam tanpa kebenaran. Kepada kereta ini, IC (kad pengenalan) pak cik jatuh dekat tol Bentong. Saya nak hon, tapi hon kereta saya rosak. Dah ikut, puas bagi signal (isyarat), tapi pak cik tak perasan.








