CYBERJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) selepas mencatatkan kutipan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri ‘H’ sebanyak RM91.2 juta.

Pengiktirafan itu dibuat MBOR menerusi kategori Highest Cumulative Bid Value for a Vehicle Registration Number Series yang mengiktiraf nilai bidaan terkumpul tertinggi bagi siri nombor pendaftaran kenderaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan jabatan melaksanakan inisiatif berimpak tinggi menerusi platform digital yang cekap dan telus.

Menurut beliau, kejayaan itu dicapai hasil bidaan selama lima hari yang melibatkan penyertaan seramai 34,664 pembida dengan 8,223 nombor pendaftaran berjaya dibida.