Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menyerahkan segala maklumat yang diterima membabitkan insiden ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Kuching City FC menentang Selangor FC (SFC) di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Badan pengendali itu dalam satu kenyataan mengesahkan maklumat itu diserahkan selepas mereka selesai mengumpul laporan serta bukti berkaitan insiden kekecohan yang membabitkan pemain dan pegawai dua pasukan terbabit.

"Segala maklumat daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan, kumpulan pengadil, penilai pengadil dan Ketua Pegawai Medan berkaitan insiden terbabit sudah diserahkan kepada FAM untuk penelitian serta tindakan selanjutnya menerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, selaras dengan bidang kuasa badan induk berkenaan.