Jumaat lalu, Anwar Ibrahim menyatakan beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Umno membayar denda RM50 juta untuk Najib Razak. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkongsi hadis Rasulullah SAW berkaitan hukuman terhadap golongan berkedudukan tinggi dan golongan lemah menerusi hantaran Facebook.
Anwar memetik hadis riwayat al-Bukhari (3475) daripada Aisyah RA yang mengingatkan bahawa umat terdahulu binasa apabila golongan berkedudukan tinggi dibiarkan terlepas daripada hukuman, sedangkan golongan lemah dihukum atas kesalahan sama.
“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.






