PETALING JAYA: Inflasi kesihatan meningkat 3.0 peratus pada 2025 berbanding 1.3 peratus pada 2024, didorong lonjakan kos perkhidmatan kesihatan terutama perbelanjaan insurans kesihatan yang meningkat 9.1 peratus.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, perkhidmatan kesihatan mencatatkan peningkatan ketara 4.4 peratus berbanding 0.9 peratus pada 2024, yang disumbangkan oleh kelas perbelanjaan insurans berkaitan kesihatan yang meningkat berbanding 0.0 peratus pada 2024.
“Sementara itu, kategori ubat yang menyumbang wajaran terbesar iaitu 38.9 peratus dalam IHK mencatatkan peningkatan 2.8 peratus pada tahun 2025 berbanding 2.2 peratus pada tahun sebelumnya.
“Peningkatan ini didorong oleh kelas perbelanjaan Ubat-ubatan iaitu subkelas perbelanjaan ubat-ubatan, vaksin dan penyediaan farmaseutikal lain dan ubat-ubatan herba dan produk homeopati.







