Penganalisis berkata penyokong PH akan lebih bersemangat untuk memberi isyarat bahawa mereka tidak bersetuju dengan proses tahanan rumah Najib Razak.PETALING JAYA: Kontroversi tahanan rumah Najib Razak bukan sahaja tidak menjejaskan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH), malah berpotensi membakar semangat penyokong gabungan itu untuk keluar mengundi pada PRN Melaka, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata tindakan kerajaan menyuarakan pandangan terhadap proses tahanan rumah bekas perdana menteri itu memberi keyakinan kepada penyokong PH bahawa gabungan berkenaan masih berpegang pada prinsipnya.

Katanya, isu itu juga membangkitkan semangat penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS yang melihat Najib sebagai mangsa tindakan peguam negara.