SEREMBAN – Wang dalam dompet pernah berbaki RM5, malah terpaksa mengikat perut demi meneruskan pengajian, namun kekurangan hidup tidak pernah mematahkan semangat Ahmad Jazmi Samsuddin, 27, untuk menggenggam kejayaan.
Graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu membuktikan kesungguhannya berbaloi apabila dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM baru-baru ini.
Anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Selangor sebelum dibesarkan di Merlimau, Melaka itu berkata, kesempitan hidup mendorongnya bekerja sambilan bagi menampung keperluan sepanjang pengajian tanpa membebankan ibu bapa.









