Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila menolak keterangan dua saksi kanak-kanak yang mendakwa mereka melihat guru berkenaan menghempaskan mangsa di atas kerusi.PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan bayaran ganti rugi RM30,000 kepada seorang budak lelaki sembilan tahun yang patah kaki selepas mendapati guru al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menghempas mangsa atas kerusi di kelas.

Hakim Yusrin Faidz Yusoff turut memutuskan bahawa Yayasan Islam Terengganu turut bertanggungjawab secara vikarius terhadap tindakan pekerjanya, Ahmad Mursyidin Abdullah.

Dalam alasan penghakimannya, Yusrin membenarkan rayuan kanak-kanak itu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini menolak tuntutannya berhubung kejadian pada 6 Julai 2022 di SK Tasek, Marang.