PETALING JAYA: Semua Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor akan ditutup sepenuhnya selama lebih dua bulan bermula 16 November ini hingga 31 Januari 2027.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata, penutupan itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan pengunjung berikutan musim tengkujuh.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan yang ditutup sepanjang tempoh berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Penutupan ini dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengunjung berikutan musim tengkujuh.









