MELAKA - Dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bahawa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti "Datuk" kerana pendirian parti itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu, adalah fitnah, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.Adly yang juga Naib Presiden Amanah turut menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai cubaan untuk memburukkan PH ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 masih berlangsung."Jadi, sebab itu saya simpulkan kenyataan itu satu fitnah," katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini hari ini.Beliau juga berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana terdapat pemimpin DAP yang menerima gelaran kebesaran ketika PH mentadbir kerajaan termasuk di Melaka."Ada pemimpin tertinggi DAP (seperti) Tan Sri Lim Kit Siang, turut menerima gelaran…dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri pun ada yang tidak bergelar seperti Tun Ghafar Baba yang menerima gelaran selepas beliau meninggal dunia," katanya.Media melaporkan, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya ketika berucap pada ceramah pilihan raya di Kampung Lendu Dalam malam tadi mendakwa pemimpin DAP tidak cenderung menerima gelaran kebesaran kerana tidak mahu mengiktiraf kedudukan dan institusi Raja-Raja Melayu.Ahmad turut berkata, perkara itu antara sebab UMNO mempunyai perbezaan ideologi dengan DAP, selain isu berkaitan konsep negara sekular dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 pada Sabtu ini dengan 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN berkenaan kali ini. - Bernama
Dakwaan Ahmad Maslan terhadap DAP adalah fitnah - Adly

Key takeaways
Adly Zahari menafikan dakwaan Ahmad Maslan bahawa pemimpin DAP tidak menerima gelaran kebesaran sebagai fitnah. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan memburukkan PH ketika PRN Melaka ke-16 berlangsung.
- Adly Zahari menyatakan dakwaan Ahmad Maslan mengenai gelaran kebesaran DAP adalah fitnah.
- Beliau menegaskan dakwaan itu tidak berasas kerana pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang menerima gelaran.
- Ahmad Maslan mendakwa pemimpin DAP enggan menerima gelaran kerana pendirian terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ahmad Maslan gesa UMNO seluruh negara buat laporan polis
- Sinar Harian Dakwaan Ahmad Maslan terhadap DAP adalah fitnah - Adly (this story)







