Pada era globalisasi ini, pengangkutan awam bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan pelajar di Malaysia. Malah, ia menjadi antara keperluan asas dalam kehidupan harian mereka.
Sebagai institusi yang menampung ribuan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lokasi, keperluan terhadap sistem pengangkutan yang efisien semakin mendesak.
Ramai dalam kalangan pelajar tidak memiliki kenderaan sendiri disebabkan faktor ekonomi. Justeru, pengangkutan awam seperti bas universiti, van atau perkhidmatan awam luar menjadi medium penting dalam menjalani rutin harian mereka. Sistem pengangkutan awam yang baik bukan sahaja mampu mengurangkan beban kewangan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding memiliki dan menyelenggara kenderaan persendirian, malah dapat membantu mengatasi isu kesesakan lalu lintas serta masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan kampus.









