BERTITIK tolak dari menjalani latihan industri ketika menuntut jurusan Diploma Kejururawatan dari Lincoln University College dan bertugas, Dayang Jurinah Johari, 34, kini mula menawarkan perkhidmatan jururawat bergerak.
Jururawat berasal dari Papar, Sabah ini mula menawarkan perkhidmatan itu pada awal tahun 2026 di kawasan sekitar tempat tinggalnya di Nilai selain Mantin, Seremban dan Sepang.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, niatnya hanyalah untuk membantu individu yang memerlukan bantuan terutamanya warga emas dengan negara juga kini berhadapan dengan status negara menua.
"Ini disebabkan ada pesakit susah nak bergerak macam warga emas. Kadang kala ada juga ahli keluarga yang susah nak bawa mereka ke hospital atau klinik.










