PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah kekuatan daripada segi keanggotaan dan aset-aset bagi memperkuatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan beberapa siri keganasan yang dilaporkan berlaku di Wilayah Yala dan Satun, Thailand sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ini termasuk me­ningkatkan rondaan di kawasan pagar sempadan, Bukit Kayu Hitam serta laluan yang dikenal pasti berpotensi menjadi laluan pencerobohan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan aset seperti kereta-kereta perisai, dron dan anggota PGA bagi rondaan serta kawalan di kawasan berkenaan.