NEW YORK: Seorang maut, manakala beberapa lagi cedera selepas bangunan tiga tingkat runtuh berhampiran tapak pembinaan di New York, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa bandar raya itu.
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba menyelongkar timbunan runtuhan di hadapan sebuah bangunan yang dipercayai kediaman, dengan dindingnya roboh sehingga mendedahkan ruang bilik tidur dan almari pakaian.
Media AS melaporkan beberapa mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan, termasuk seorang kanak-kanak yang dibawa keluar menggunakan pengusung.
Jabatan Bomba New York (FDNY) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai individu terperangkap selepas bangunan itu runtuh di daerah Flatbush, Brooklyn, kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan), Rabu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar13_990325.png&w=480&output=webp&q=85&we)