Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin juga gesa pelabur dari China jalinkan usaha sama dengan rakan kongsi temparan untuk masuki pasaran Malaysia. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin menggesa syarikat daripada China terlibat dengan pembekal tempatan seawal peringkat perancangan pelaburan di negara ini, bukannya selepas kilang siap dibina.

Sim berkata, pelabur dari China juga tidak wajar memasuki pasaran negara ini dengan pegangan penuh tanpa rakan kongsi tempatan, sebaliknya perlu menjalinkan usaha sama untuk berkongsi modal dan risiko.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan pemindahan teknologi dan pengukuhan rantaian bekalan domestik.