Melaka: Kepulangan Datuk Seri Najib Razak ke rumah untuk menjalani tahanan rumah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada bekas Perdana Menteri itu selepas empat tahun terpisah daripada keluarga.

Perkara itu dinyatakan anaknya, Nooryana Najwa Najib yang mengakui bapanya berasa lega sebaik menjejakkan kaki ke rumah, selain gembira dapat kembali bertemu isteri dan ahli keluarga lain selepas sekian lama berjauhan.

"Saya sempat bertemu dengan beliau pada Selasa malam. Selepas itu saya pergi ke Melaka, tetapi kita amat bersyukur kerana keluarga dapat berjumpa dengan beliau.

"Namun, beliau berasa lega sebaik tiba di rumah kerana sudah menghadapi pelbagai tekanan emosi dan mental sepanjang empat tahun berpisah daripada keluarga.