Ab Rauf Yusoh berkata jentera BN dan PN yang bekerjasama dengan baik boleh memenangi banyak kerusi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi memenangi sehingga 25 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka Sabtu ini, kata Pengerusi BN negeri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata BN menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 21 kerusi, namun kerjasama dengan PN diyakini mampu meningkatkan jumlah itu kepada 25.

“Kalau dengan izin Allah, insya-Allah mohon menang 21 (kerusi) dan (hasil) sumbangan daripada rakan kita mungkin kita boleh capai sampai 25 kerusi,” katanya lapor Berita Harian.

Ab Rauf berkata keyakinan itu turut berdasarkan perkembangan politik semasa, termasuk masalah dalaman Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.