Kuala Lumpur: Korea Utara dan Korea Selatan bakal berentap dalam saingan bola sepak wanita bagi merebut slot berharga ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Undian yang berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, menyaksikan kedua-dua negara itu diundi dalam Kumpulan B kelayakan.

Pertembungan itu pastinya menarik perhatian memandangkan kedua-dua negara jiran berkenaan masih secara teknikal berada dalam keadaan perang.

Korea Utara dan Korea Selatan dijadualkan bertemu dua kali menerusi aksi timbal balik di laman sendiri dan tempat lawan. Turut menghuni kumpulan itu ialah China dan Filipina.