Rawang: Kesukaran mempelajari perkara baharu dan bukan diminati sehingga terpaksa berjaga hingga lewat malam berbaloi buat Vanessa Violin Chu apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik Institut Kraf Negara (IKN) tahun ini.
Anak sulung kepada pasangan juruwang dan bekas pemandu lori dari Keningau, Sabah itu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan Diploma 2026 pada Istiadat Konvokesyen IKN ke-24, semalam.
Vanessa,23, yang mengambil jurusan seni kraf seramik berkata, pada mulanya dia langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai bidang itu, namun minatnya semakin berputik sepanjang tiga tahun pengajian.
"Sebelum masuk IKN, saya memang tidak tahu langsung mengenai seramik, malah saya memilih bidang ini pun selepas kakak sepupu mencadangkannya kerana dia juga bekerja dalam industri ini.









