Penerima STR dan SARA di Melaka berkata bantuan itu membantu meringankan perbelanjaan harian, termasuk keperluan dapur, persekolahan anak dan kos perniagaan.PETALING JAYA: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berpotensi memperkukuh sokongan pengundi B40 terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Bagaimanapun, mereka berkata bantuan itu tidak semestinya menjamin sokongan politik berkekalan kerana pengundi turut menilai keberkesanan kerajaan menangani tekanan kos sara hidup.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kedua-dua program itu berpeluang menjadi legasi Anwar, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sinonim dengan bekas perdana menteri Najib Razak.