WASHINGTON: Trump tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan ketenteraan terhadap Cuba, malah menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap negara itu sebelum menamatkan tempoh pemerintahannya.

Dalam temu bual bersama Salem News Channel semalam, Trump berkata beliau mahu menyelesaikan isu Cuba sebelum meninggalkan Rumah Putih.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia mengarahkan tindakan ketenteraan terhadap negara kepulauan itu sebelum tamat penggal presidennya, Trump berkata: “Saya mahu menyelesaikan isu Cuba sebelum saya meninggalkan jawatan.”

“Kami memantau keadaan di negara itu dengan teliti. Keadaannya sangat buruk dan pada asasnya sebuah negara yang gagal,” katanya kepada wartawan.