sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sedikit kecewa selepas gandingannya bersama Aaron Tai dipisahkan, namun Kang Khai Xing enggan larut dalam kesedihan apabila menyahut cabaran ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, untuk meningkatkan aspek kepantasan dan kuasa permainannya.
Pemain berusia 20 tahun asal Kelantan itu kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada kecergasan fizikal sebagai persediaan untuk kembali bergandingan dengan Aaron sekiranya diberi peluang pada masa akan datang.
"Saya sedikit kecewa selepas dipisahkan dengan Aaron. Dalam tempoh dua atau tiga minggu kebelakangan ini, saya memberi tumpuan kepada keadaan fizikal, khususnya kepantasan dan kuasa di gelanggang. Setakat ini, saya rasa ada peningkatan," katanya ketika selepas latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.








