PETALING JAYA: Cuaca hujan le­bat antara tiga hingga lima epi­sod sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencetuskan banjir di beberapa negeri terutama di kawasan rendah dan penempatan berhampiran sungai.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Besut dan Setiu di Terengganu dijang­ka menerima taburan hujan an­tara 630 hingga 950 milimeter (mm) pada November sebelum mencatatkan antara 590 hingga 890 mm pada Disember.

Sementara di Hulu Terengga­nu pula dijangka menerima ta­bu­ran hujan antara 610 hingga 920 mm pada Disember, sekali gus menunjukkan jumlah hujan bulanan yang tinggi ketika fasa awal MTL ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, MTL dijangka ber­terusan sehingga Mac tahun depan, dengan negeri-negeri pan­tai timur Semenanjung an­tara kawasan yang lazimnya me­nerima taburan hujan tinggi sepanjang tempoh berkenaan.