SHAH ALAM - Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam membimbing anak-anak ketika menonton karya yang memaparkan elemen buli, berbanding mengambil pendekatan menghentikan atau menolak kandungan berkenaan.Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay berkata, kewujudan babak buli tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menolak atau mengharamkan filem terbabit kerana kandungan sedemikian perlu dilihat dalam konteks jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.Menurutnya, ibu bapa perlu membantu anak memahami perbezaan antara unsur fantasi, keterlaluan atau dramatik dalam sesebuah karya dengan realiti kehidupan."Filem yang mempunyai unsur buli tidak boleh terus ditolak. Kita perlu melihat keseluruhan cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan dan ibu bapa perlu memainkan peranan dengan menerangkan kepada anak apa yang baik dan apa yang tidak."Sebagai pembikin filem pula, kita bertanggungjawab memberikan moral yang memberi impak kuat kepada penonton dan pendekatan itu turut ditekankan oleh pengarah, Bade Azmi yang pernah mengingatkan saya bahawa seorang pengarah mempunyai tanggungjawab menyampaikan nilai dan pengajaran kepada masyarakat," katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian pada Selasa.Liyana hadir bersama pelakon, Elizabeth Tan dan Marsha Biddulph bagi mempromosikan filem seram arahannya 'Pemuja Syaitan' yang menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama dan dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.Bagi Elizabeth, tanggungjawab memilih kandungan media untuk ditonton tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada pembikin filem kerana ibu bapa mempunyai peranan penting dalam membentuk pemikiran dan tingkah laku anak.Malah, penyanyi lagu 'Knock knock' itu juga menyarankan individu yang mempunyai pengaruh di media sosial perlu menggunakan platform masing-masing untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu buli."Saya sendiri aktif dalam kempen dan bagi sesiapa yang mempunyai platform besar di media sosial, gunakanlah platform itu untuk bersuara mengenai isu ini."Mungkin sebelum ini tidak banyak dipaparkan isu berkenaan dan dengan berita yang tersebar begitu pantas, kesedaran masyarakat menjadi lebih tinggi," katanya.Pelakon baharu, Marsha berkata, ibu bapa perlu mengajar anak-anak memahami bahawa kandungan dalam filem tidak semestinya boleh ditiru dalam kehidupan sebenar.Katanya, usaha mengurangkan kes buli tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada industri filem kerana ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak mengenai nilai kasih sayang, batas tingkah laku dan kesan perbuatan terhadap orang lain."Kita perlu faham bahawa filem itu sekadar hiburan dan mempunyai jalan cerita serta kesan daripada setiap perbuatan. Jangan fokus hanya kepada kejadian yang dipaparkan, tetapi lihat keseluruhan jalan cerita kerana setiap tindakan mempunyai akibatnya."Sebagai orang kreatif, kami bercerita untuk membawa inspirasi dan menghidupkan sesuatu cerita. Kebanyakan filem yang dihasilkan juga mempunyai nilai murni yang boleh dipelajari," katanya.
Tanggungjawab ibu bapa pantau kandungan filem elak budaya buli jadi ikutan

Key takeaways
Ibu bapa perlu memantau kandungan filem yang mengandungi unsur buli untuk mengelakkan budaya buli diikuti oleh anak-anak.
- Liyana Jasmay menekankan pentingnya ibu bapa membantu anak memahami perbezaan antara fantasi dan realiti.
- Pembikin filem bertanggungjawab menyampaikan mesej dan nilai yang baik kepada penonton.
- Elizabeth Tan menyarankan pengguna media sosial meningkatkan kesedaran tentang isu buli.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗




/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)

