Mumbai: Seorang wanita berusia 22 tahun kehilangan sebahagian lengan kirinya selepas didakwa ditolak keluar dari sebuah kereta api oleh seorang lelaki yang dipercayai mencabulnya ketika dalam perjalanan di sini, lapor media tempatan.
Kejadian di Stesen Kereta Api Naigaon itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah apabila lengan kirinya digilis roda kereta api sehingga terpaksa dipotong hingga paras siku.
Menurut laporan Hindustan Times (HT), suspek yang juga penduduk Naigaon melarikan diri selepas kejadian sebelum ditahan oleh polis kereta api kerajaan (GRP).
Menurut GRP, mangsa dalam perjalanan dari Borivali ke Virar apabila suspek didakwa cuba menyentuhnya secara tidak senonoh ketika tren menghampiri Stesen Naigaon.








