Melaka: Jarak bukan penghalang bagi menunaikan tanggungjawab, apabila Wong Chea Fann, 38, pulang dari Australia untuk mengundi bersama ibu bapanya yang warga emas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Chea Fann, bersama ibu bapanya Wong Heng Hoe, 79, dan Lee Cheng Tee, 70, antara pengundi yang tiba awal di pusat pengundian itu pada 9 pagi.
Wanita itu berkata, dia agak gementar pada mulanya, namun menyifatkan suasana pagi itu sebagai mengujakan.
"Ia agak mengujakan, tetapi yang paling penting ialah ibu bapa saya tiba dengan selamat untuk mengundi," katanya.









