JAKARTA – Seorang suspek wanita berusia 38 tahun dikenali dengan singkatan K alias Ce Crytine dan suaminya, PEK, 40, ditangkap dan dinamakan sebagai suspek kerana menjual video lucah.
Pasangan suami isteri dari Daerah Panggungrejo, Blitar itu ditahan semasa berada di rumah sewa mereka di bandar Denpasar, Bali.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Blitar, AKP Rudy Kuswoyo mendedahkan fakta terbaharu bahawa kedua-dua suspek bukannya ahli perniagaan yang perniagaan mereka muflis.
“Bukan (seorang usahawan), seorang pekerja swasta,” kata Rudy kepada laman berita detikJatim semalam.









